Tuesday, February 19, 2013

CERITA KITER - part 1

owhhh tadaaaaaa
IM BACK!
wahhh gitu...... aku kejap ade kejap takde ek
ini pun aku bersengkang mata nak menanam mood rajin on laptop.
HAHA
seriyes aku sangat benci on laptop
tak tahu kenapa tapi aku memang benci.
mungkin aku rasa laptop aku sekarang tak berapa nak haptudets sangat.
ok dia sgt berat uols.
bajet masa beli dulu macam wahhhh ikut sangat perkembangan teknologi kan
boleh cabut2 screen type sambil baring minum kulblog.
huhuu
next step aku kene carik yang lebih nipis , lebih ringan dan paling penting lebih eksellen!

lagi sehari nak masuk 2013.
amboi cepatttt sgt aku rasa.
owh tp itu bukan motip utama aku nak menaip blog tuk malam ni
mood menaip utk pencapaian 2012 dan 2013 aku type di episod akan datang,
malam ni aku mud lain
mud type kisah ceriter story tentang kiter..

eh sape kiter?
kiter laaaa.....
eh sape?
inilah KITER yang aku maksudkann...tadaaaa......

Melompat lebih tinggi! hahahahaha candid kami by Mr Chan. Marina paling ringan so haruslah lompatannya leih tinggi dari aku mahupun firdaus. wakakakakkaa. kalau aku yang tinggi, kemungkinan gempa bumi sedang menuju tempaat korang time tu. BHAHAHAHHA


HAHA
kiter adalah terdiri dari my new friends come from all over Malaysia
wahhh! gitu explaination aku.
its 12 of us : MARINA, DZULIA, SABARIAH, ESMADI, TENGKU HAFIZ, SULTAN ASKIN, FIRDAUS, KHAIRI, ZULKIFLI, OSMAN JAILANI, ALIFF AZAMI.

oh how i miss them waktu aku tgh menaip ni.
sedikit overview untuk KITER ni.
ekceli kami disatukan dalam satu kursus..
penyatuan kami bermula pada 25 November sampai 21 Disember hrtu.
Sebulan berganding bahu, tido bersama (ini apply tuk same jantina ok hehehe),
 makan bersama, menyanyi bersama,
 ketawa tekekek kekek besama especially masa tgk yutiob GELIMAT bongok tu.
HAHA
owhhhh my Allah
YESSSS i miss the moment i spent with them.
ok nak nanges
huhu...

so here aku nak abadikan dalam blog aku ni each one of them.
Masing masing ade karakter.
and masih jelas semua karakter tu depan mata aku sekarang
dan karakter karakter tu sume macam berjoget2 inang dalam kepala otak aku tuk dilontarkan dalam bentuk cerita..

come....lets start the engineeee...
but sebelom tu,
cerita aku ni akan aku support dengan gambar setiap sorang dari mereka..
HAHA gasak!
aku dah post kt Wasap group td yang aku nak buat blog pasal kiter
so aku konsider aku dah mintak ijin le kan..
risau ni takut diorg hentak aku sb memaparkan wajah kacak dan ayu mereka tanpa ijin.
but aku yakin diorg supportinggg
ok aku yakin seyakinnya pastii kahkah kah...
sudah! jangan saman aku plak
lebam mate korang aku tumbok.
bhahahahha


1) Khairul Dzulia aka Dzulia

aku dan Dzulia....semakin sewel selepas kelas ISIS. wakakakkakaka
Dzulia paling muda dalam team ASAS ni.
umur lepas tolak cuti raya haji, raya puase, raya deepavali dan belom tolak raya krismas haritu adalah 27 tahun. kalau x silap aku la kan. HAHA
maklumler matematik aku kadang2 out jugak.
tapi yang penting memang dia paling muda la
masih single..wowwwwwwwww! dan paling penting available uols.
(ade sape2 nak kenal, sila roger aku. wakakakakkaa tp kadang2 aku selalu rasa firdaus mcm nak tekel dia sebenaunye ahahhaha AMPON ZU, jgn naik hangen bace ni ok kikiki)

dia sebilik dengan aku. dan ekceli satu bilik jugak dengan perempuan perempuan yang lain. Bhahahaha.
paling awal bangun tido dalam kami berempat walaupon tido paling lambat  tetappp yang ter awal.
aku konpius camne dia leh sedau seawal itu,
tak tercabotkah bijik mate dia kan. hahahaha
tapi sebenar nye lah kan aku rasa le dalam kami berdoblas mmg die le manusia paling awal bangun selepas makcik guard.
bangun seawal kul 430 pg, dan selesai mandi seawal kul 530 atau kadang2 lanjut ke pukol 545 pagi.
owhhhh my god!

HAHA seriyes dia paling lama mandiii ya amponnnnnnnnnn
aku kalau tersedau , boleh tido sambong mimpi 12 kali dia lom keluar lagi dari bilik air.
dan satu lagi paling suke basoh baju.....
paling suke keringkan baju...termasuk baju kami semua!
kakakakakkaka ZULIAAAAAAA.....aku teringat2 mcmana kau  balik kelas trs nak kejau basuh baju.
dia punye risau sabon dah habis mmg aku tekenang2 sampai sekarang
adoiiii zuliaaaa....
lagi satu kalau dia bediri, kaki memang x duduk diam.
bergoyang2 tanpa henti.
time pakai bedak, time pakai tudong, time bercerita dengan aku tepi katil, time basuh baju
eh semua laaa ektiviti dia....
dan dia adelah BEST STUDENT dalam kursus kami. dia dpt no 1!
yeayyy congrates zulia! kalau aku yang no 1, aku rasa mimpi ngeri sume orang. hahhhaha

2) Che Sabariah aka SABAZZZZZZZ



me and kak Saba. Kalau kak saba ade anak laki yang dah besau, memang aku ofer diri jadi menantu. kesah hape kan! hahahahha


SABAZZZ itu adelah nama yang penghulu suka sebut tiap2 hari.
wakakakkakakaka!
suka nau dia mengejek nama company kak saba.
aku tiap2 hari menunggu sebutan tu sbb penghulu kalau sebut musti ade personal tonesss dia.

Kak Saba adelah kakak yang paling sopan dalam group perempuan selepas aku!
ok aku tipu sebenarnya, aku x sopan langsung HAHAHA
very soft spoken , sangat penyanyang dengan kami.
dia macam mak la kat kami sume.
owh sangat pemurah, suka belanja kami makan, minum, belanje asam makan dalam kelas.
best kan!
sangat rapat dengan dzulia, selalu diorg turun kelas awal
dan dia lah yang meneman kan aku menggodak rumah sampah carik kunci kete aku yang aku telah terbuang tanpa rasa bersalah.
tengkiyu kakak....


3) Marina Ben aka Marina


my buddies :)

marinaa......
yesss! aku mmg close dengan dia
close sebab selalu turun lambat, HAHA
kiteorang jadik close sb marina datang berenang sorang2 dari Kuching
jadik dia sebatang kara di shah alam
wakakkakakakakaka
no lah....aku sebagai penghuluwati bertanggungjawab nak pastikan dia selamat di bumi semenanjung ini
wahhhh see marina! aku care tauuuu...hahhahahaha
every week aku akan pastikan dia dihantar dengan selamat ke rumah niece dia atau rumah fren dia.
so sb tulah kami jadi rapatt.
very energetic perempuan ini.
aku tabik springgg dekat kau ok.
knowing her, dia sgt teliti orangnya..
tido malam dengan bear owhh chommel! hahahahha
akan menjadi teman aku minom malam, makan tengahari, malam, minum petang.....dan semua lah ektiviti aku wajib ade dia.

suka gelak ok budak ni.
owhhh kalau dia gelak, memang aku x leh tak gelak.
HAHAHAHAHAHAHAHAHA
badan memang kecik dia ni tp kalau gelak, kau akan bygkan dia sudah serupa adibah noor ok.
disebabkan dia ringan lah, kalau dia ke gym berlari atas treadmill, mmg macam hamster. LAJU!

yang penting tiap2 pagi kami dikejotkan dengan ringtone chammak challo dia.
owhhhhh lama2 aku jadik suker dengan lagu tu HAHA
dan jugak lagu Papi JLO dia tu tuk ringtone kedua alarm dia.
disebabkan sedap, maka aku sanggop biaukan dia berulang sampai 4 5 kali tapi bangunnye tidak
gasak!
marina bangun ke? pon tidak ok!
sebab tu kiteorg slalu manusia akhir turun ke kelasssss
lantak! wakakakkakakak
aku rasa lagu tu sbnrnya tak sesuai dijadikkan alarm ringtones.
sepatutnya dia guna suare ayam bekokok tecekik jagung.
memang menggelupor kami bangun.
wakakakkaka


3) Firdaus aka Daus Terlebih Gula 


opppsss! so suwitttttttttttt hahahhaha ! aku xnak komen ape ape..
aku cume nak AMINNNNNNNN kan  je. okbye!


Daus...ohhh dausssss!
Dia sangat happy orangnyaaaa
seriyes!
sebab itu kami panggil dia budak telebih gula.
wakakakakkaka
kalau dia x gelak satu hari, aku rasa semua orang sangat cuak

macam tu lah kami rasa waktu dia x sihat hari last training.
sunyi sepi kelas ibarat di langgar garuda.
Kalau dia gelak, mamposss semua org kompemmmm gelakkk
sape yang x gelak, dia memang pelik orangnye
kikiki
paling aku x kan lupe pasal video gelimat
omaigoddd!
dialah peloporrr video gelimat tu sampai aku, esmadi, abg zol dan abg oj gelak macam x cukop napas
BHAHA
sampai trainer siap tanye aku apekebenda yang kiteorg gelak bagai nak rak tu
sebab diorg x pernah tengok peserta kursus sebelum ni segembira kami!

siap sambong dalam bilik tengok lagi video jahanam tu.
mamposssss semua tergolek tegelak tekekek kekek aku rasa.
dia jugak lah yang duet dengan aku lagu bila larut malam
dia cakap suare dia sedap mcm anuar zin
kalau dia nyanyi lagu perpisahan tu, semua orang akan nanges.
wahhhhh aku tungggu daus!

paling suka menyakat si Dzulia!
rasa nak aku antokkan pale dua org ni
yang si dzulia x boleh kene sakat, yang di daus eh sakat lagi dan lagi
HAHA aku rasa sangat secocoks mereka berdua...
kiyutt sgt sebenarnya
mari kita aminkan beramai ramai...
AMINNNNNNN

4) Esmadi aka Penghulu


kami lah pasangan penghulu dan penghuluwati paling best untuk ASAS training.
itu fakta bukan auta. sekian. HAHA
ok Esmadi plak eh...mmmmm how to start
dia registed as peserta ASAS dengan kiteorg on the 2nd day of training.
lambat 1 hari sbb dia baru touch down dari Korea
masuk-masuk terus kami buat election sape nak jadik ketua batch kami.
di sebabkan dia masuk dengan penoh karisma dan kemudian terus kedepan kenalkan diri.
suara sangat firm macam askar wataniah .
maka dengan karisma itu terlantik lah beliau sebagai PENGHULU kami.

duduk belakang aku on the first week sebelah abang OJ.
sangat suka makan asam same dengan abang OJ.
eh bukan asam je, gula, kopok, eclipse dan segala yang aku hangkot dalam kelas semua kami share..
ewahhh macam romantik kann.
HAHA

dating kami yang pertama sebagai pasangan penghulu adelah pada hari ke 11 di training centre.
ke seksyen 20 shah alam membeli pizza dan kepci untuk anak-anak kami.
haha!
semua sebab laok kat cafe yang jangan kau tanye berulang ulang ntah keberapa kali aku x boleh nak cakap.
mampos dah x selere nak makan dengan penoh nikmat.
maka kamilah mengambil tanggungjawab menjaga kemaslahatan anak2 kami di training centre.
wahhhhh dedikasi kannnn!
wakakakakkaka!

sejak dating pertama itu, kami semakin rapat dan rapat dan rapat.
karakter dia ek....mmmmm
sangat teliti orangnye, sunggoh berbeza dengan aku yang kelam kabot nak mampos. keke!
pastu memang tersusun je la diari dia ,
cara bekerja dengan dia memang aku tabik hormat.
aku rasa aku mmg menjadi seorang yang teliti time tu.
jangan kau tak percaya ok.

dia skang tgh completekan PHD dia so kami memanggil dia Dr Esmadi.
so bila dah doktor, aku cuma layak menjadi pesakit le kan.
memang ilmu penoh di dada .
sampai aku cakap dekat dia eh nanti kite masuk WHERE THE MONEY DROP tau.
wakakakaka!
sebab aku sangat yakin memang boleh menang ar kan.
so aku xde la rasa macam seriau sangat nak menengok duit tu bedebuk kat lobang-lobang yang x sepatut nya
ok kite tunggu season 3 ok!
wakakakakak!

owh lupa!
pandai gak melukis
melukis gambar aku dengan marina sebab terlalu boring dlm kelas.
ok itu sangat kejam!
uwaaaaaaaaaa
lepas tu tergelak macam nak tekeluar isi perot aku sbb tgk lukisan tu.
adoiiiiiiii wakakakakakakakkakakakakakak!
mampos jgn kau tanye rupenye macam mana.
cissss
mimpi ngeri ok...ngeriii
ahhahahahahahaha

dialah geng aku buat assignment sampai tengah malam buter campor pagi jugak.
kiteorg satu team dlm practical, dalam presentation and dalam berdansa dansa.
wakakakakak
part berdansa dan karoke tu aku sambung lenkali le ek.

ok tu je aku nak hapdets.
jumpa di post part dua aku
mampos! part dua tu aku x tau nak janji bile tapi lepas ni le...lepas ni.

okbye! eh untuk geng2 asas aku...MAAF ZAHIR BATINNNN EK...larikkk!




ps : lame dah aku simpan draft ni, bulan dua baru aku dah completekan. DASYATT! amponnnnn



:::sayerpunyerbelogler:::



-hazahasan-











1 comments:

QueenBz said...

kak Haza sopaannnnn?
ohh patot akak jadi penghuluwati. kelasss gituuu.
Lama tak hapdet. Sila hapdet selalu pas beli laptop nipis ittewww!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...