Monday, November 28, 2011

The secret





I want you to know my secret
but I don't know how to tell you
so how are you going to know without me telling you?
gosh, I really want you to know without telling you this my own
i hope one day when u go tru my blog, u will notice this

PLEASE  GET BACK TO THE OLD US, 
TO THE OLD ME, TO THE OLD YOU

PLEASE :(


Becauseimissitsomuch



till now pen off
:::sayerpunyerbelogler:::




hazahasan

Wednesday, November 23, 2011

PERCAYALAH

lately ni hati macam rasa sayu...actually memang sejak kebelakangan ni memang selalu rasa mcmtu..everyday saya pujuk hati, sibukkan diri dengan macam2 perkara :-kerja, tender, meeting, kawan2, tengok tv..saya taknak fikir yang bukan - bukan dan layan perasaan yang entah-entah syaitan sibok nak pesongkan hati saya..

banyak tak terluah, terbicara, terkata....TERLALU BANYAK..setiap kali saya rasa tak tahan, saya wudu', gi masjid kat sebelah ofis ( itu if saya di area ofis), solat, baca quran....duduk teleku kat masjid...sedikit kurang rasa sedih dan sayu tu...but again, saya sesungguhnya memang hamba allah yang lemah,  selalu leka bila sedikit ketenangan tu datang..sampai satu tahap rasa MALU nak berdoa lagi...allah terima ke doa saya, rintih hati saya? allahhhhhuakkbar, janganlah kau pesongkan hati aku selepas kau beri hidayah..

pagi ni teringat tentang nasihat one of my main-cont. kami rapat sebab kak sue selalu share cerita macam2 waktu kami meet up. dah rasa macam my own sister. she gave me a book, she gave me air aura untuk beri saya semangat...and she is the one who asked me to learn, study and understand THE MEANING OF SURAH AL-INSYIRAH .

pagi ni sampai di ofis, masuk bilik, close the door, on my PC and google about the meaning of that surah :-

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam).
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


see the translation in the red color highlighted? ALLAH MENJANJIKAN SETIAP KESUSAHAN ITU AKAN ADA KEMUDAHANNYA, DAN ALLAH TEGASKAN LAGI! IA PASTI!
masyaallahhh.....

 Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
-Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
-
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
-
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
-

Percayalah Haza, Allah menduga atas kemampuannmu! dan dia juga yang akan memberimu jalan keluar..AMIN...


till now pen off


:::sayerpunyerbelogler:::

hazahasan

Wednesday, November 16, 2011

OMBAK RINDU


 




Yuhuuuu....asik sedih jek post i lately ni ek...so hari ni saje nak tukau mood...dari sedih ke tak berapa sedih ( ekceli still sedih tapi i eksyen cam tough jek, huuhu). 

nampak yutiub kat atas tu? lame dah sebenarnye terdengar lagu ni. memula cam bajet malas nak layan tapi sejak dua menjak die bila dengar words by words dia...SOOTHING SANGATTT! selepas lagu sedetik lebih, i dah x berapa follow nau lagu2 yang lain tp lagu ni i cam tefeling lebih lak...tapi still x leh nak celen sedetik lebih si anuar zain tu...itu mmg vavavoom!!!! 

Ombak Rindu yang si hafiz awan nano2 ni nyanyi same ngan gfren dia si adira ni adalah OSt tuk filem baru nanti..filem tu plak adaptasi dari novel yang mmg i layan dari dulu..if x silap dalam novel tu citer ttg Izzah dan Hariz. alamakkkk...haron ajiz lak yang jadik hero nye...tapi ahkak malas nak gi wayang nengok citer ni. tunggu jek kat astro first nanti. Lagipun en Beliau i kalau ajak le nengok citer ni, mampos die x layan...huhuu..so xyah nak mimpi feeling2 manja kalau nak gi movie nanti...

so disebabkan i rasa cam 'sesuatu' le lagu ni, x kisah le ade kene mengene ke tidak, i decide nak put in my belog ler. mane tau 7 tahun akan dtg i still leh dengau lagi kan :)

so tu je kot nak cotcet cotcet kt sini...till now pen off


:::sayerpunyerbelogler:::


hazahasan


p/s :   
Malam kau bawalah rinduku, 
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

 Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku



::: tacing sangat lirik di atas :::

Tuesday, November 15, 2011

Kisah Hati

Tuhan berada paling dekat kepada jiwa yang teraniaya, yang patah hati, yang sakit, yang miskin, yang sedang mengharapkan perlindungan dalam perjalanan jauh, dan yang sedang menyerahkan dirinya kepada Tuhan bagi penegakan agama dan kebaikan kemanusiaan.

Maka engkau yang hatinya sedang terluka, yang sedang khawatir dan ketakutan, dan yang sedang memohon dengan hati yang tertaut kepada kebaikan masa depan yang tak terlihat, ... damailah dan bersabarlah.

Segala puji bagiMu - Tuhan semesta alam, yang bergantung kepadaMu segala sesuatu, hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.

Selamatkanlah hati kami yang sedang sakit, yang patah hati, yang teraniaya, yang sedang mengharapkan rezeki, yang sedang berjalan di jalan Tuhan untuk menegakkan agama, yang melayani bagi kebahagiaan sesamanya, dan yang sedang bekerja untuk melestarikan keindahan alam
 
till now pen off
:::sayerpunyerbelogler:::


hazahasan

Friday, November 4, 2011

Rintihan Hati



arah cahaya itu makin gelap,
makin kelam,
makin menyesakkan dada,
dia terduduk kaku,
senyap tidak berbahasa,

hirup pikuk yang berdesing di telinga,
sedikit pun tidak diendahkan,
hanya pautan kalimahn-Nya yang menjadi teman.

kala itu,
kesabaran yang terlalu perit diuji,
walau yakin masa pasti bertamu,
mujahadah itu terasa pahit sekali,
sepahit kopi tanpa gula,
seperit jari dihiris pisau.
dia tertunduk pilu,
pohonnya meninggi dengan harapan,
pimpinan Ilahi yang dipinta,
agar kesabaran dipertingkat,
agar kekuatan dipinjamkan,
dunia ini fatamorgana,
yang cantik selalu diimpi,
yang indah kepingin untuk dikecapi,
yang manis mahu dimiliki,
tetapi
semua itu tidak kekal,
tidak selamanya wujud,
tidak selamanya bersama,

sekali dirimu dilukai,
segunung kebahagian akan mengiringimu,
sekali dirimu tidak disayangi,
pandanglah sekelilingmu,
insan-insan yang memberikan sepenuh perhatian kepadamu.
bersabarlah,

sedikit sahaja lagi,
bukan tuhanmu tidak mengendahkanmu,
cuma belum tiba kesesuaian masa,
belum muncul kesesuaian rusukmu,
belum menjelma pembimbing tahajudmu,

sabar memang perit,
tetapi
Janji tuhanmu itu pasti,
setiap keperitan ada manisnya,
ada kebahagiaan,
bersabarlah,
masamu akan tiba,
jika tidak di sini,
pasti di sana!


till now pen off
:::sayerpunyerbelogler:::


hazahasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...