Friday, September 21, 2012

TERTANGGUH

Malam ni malam malas aku
dari tadi aku tak tahu ape bende le aku godek2 lappy ni.
nak kater terer teknologi, akulah paling out sekali
nak kata tgh membaca journal...owh tak mungkin
nak kata aku tengah melipat baju pun tidak
so aku pun x dpt nak paham ape masalah aku skang
maaf.

aku penat yang sebenarnya lah aku rasa.
letih ke sana letih kesini
tuntutan hidop..gitulah

so aku bukak le blog ni.
kononnye nak menaip le bagai
tapi masalahnya mud....
mud illek.

serious mud memang penting dalam skill penulisan
wahhhh ayat aku kau tengok.
tu baru sikit tu...
lom lagi aku menaip tepi laot
bhahahaha.
mud kalau tak ade, kau jangan mimpi rajin nak menaip ok
lantak berabok le wall blog kau
tapi kalau mud mari, jangan kau muntah nak membace berjele jele karangan tak bernoktah aku.

aku sebenarnya dah online kat blog ni dari kol 8.30 tadi
sambil aku layan berita utama yang merapu2 skang ni
aku bace le balik post2 aku dulu dulu

ade le yang aku rasa aku nak delit
tapi tak delit2 lagi.
ah biarlah
itu satu cerita gak kan
so aku decide nak biarkan post2 yang konon2 nya meruntun kalbu kat dalam ni
tabah kan
wahhh dah persis rabiatul adawiyah dah aku rasa
ok perasan!

so dalam aku menggodak2 post2 aku sebelom ni,
aku terjumpa la beberapa post yang berPART2 la kan
konon ade kesinambungannye
Part 1, Part 2...sampai situ je
alahaiii
aku baru perasan le
sampai sekarang aku lom lagi nak menyambong part-part seterosnya
cissss

soalannye adelah....... BILA?
bila aku nak menyambong tu?
terok lah aku ni
aku x suka betul bila aku macam ni
tapi kadang-kadang aku selalu tak paham apesal aku suka buat camni
maaf lagi tau

aku xde la jawapan tu.
sumpah aku takde.
opkos citer-citer tu sume aku memang ingat sampai ke mati 
tapi masalahnya nak mentransalate dalam kekdah penulisan tu
aku lom terdaya lagi
sakit M aku selalu menyerang...
paham?
MALAS... itu le dia.
jahanam kan huhuhu

insyaallah la ye aku cuba
doakan aku jangan malas
lepas ni lagi lah aku sibok subhanallah
aku harap sangat aku still dapat nak keep hapdets blog aku lepas-lepas ni
jangan tetiba aku telupe password
itu memang paling jahanam aku rasa.

dah lah
tu je aku nak hapdets
mud dah lari balik
aku tak larat nak kejau mud tu
huhuuhu

eh sebelom tu aku letak le yutiop lagu ni eh.
saje je nak letak
kbai.


:::sayerpunyerbelogler:::



hazahasan



notakaki :
you crossed in my mind again. 
semoga sentiasa di dalam lindungan allah selalu di sana.

Tuesday, September 18, 2012

KAU ZALIM!

emosi!
YES aku sangat emosi bila aku bace paper
semalam lagi aku emosi bila aku tgk tv
"SEORANG WANITA MELEMPAR BAYINYA DARI TINGKAT 3 DI DESA MENTARI , PETALING JAYA"

mane otak kau ha?
astagfirullahalazim!!
kalau yg lempar tu kat oversea aku takde le heran sangat
heran le jugak tapi xde lah menjadi amat heran macam kes ni.
mana hati perot kau wahai perempuan?

aku tak tahu nak same kan dia ni dengan ape. 
binatang?
binatang pon reti jaga anak dia.

macamana kau mengandong aku tak nak komen.
nauzubillah berdosa besar aku menuduh kau berzina sebab takde bukti.
kalau kau dirogol pun aku takde hak nak cakap apa2.
dosa zina itu antara kau dengan Allah.
bukan hak kami untuk menilai.

kalau sekalipun lelaki jahanam yang dah mengandong kan kau tu taknak bertanggongjawab,
ada banyak lagi cara untuk kau selesaikan masalah tu.
kau mengandong dah satu hal mak bapak kau malu.
ni yang kau buat ni?
lagi memalukan!

kau lempar anak kau hidop- hidop
 ALLAHHH! 
tahukah engkau berapa ramai hamba allah di luar sana yang sampai sekarang Allah belum beri rezeki untuk dapat anak?
tahukah engkau berapa banyak usaha mereka , duit, tenaga, masa diorg korbankan demi nak dapat zuriat?
sorang pun jadilah.
tapi kau?

dari awal kau mengandong kau patut dah pikir apa kau patut buat kalau baby ni keluar.
kalau betol kau nak buang baby tu, kau buanglah di waktu awal kau tahu kau mengandong.
kenapa bila kau dah tempoh sakit nak beranak, kau dah tengok baby tu depan mata kau pun.
masih hati kau sampai nak bunuh dia?
lempar pulak tu!

bersepai otak baby tu kau tau tak?
terbayang aku baby tu nanges.
terbayang aku macamana baby tu dihayun keluar tingkap
mane otak kau pompuan?
maner!
kau patut sayang dia sebab kau mak kepada seorang manusia.
bukan mak kepada keldai, biawak, babi, hanjing atau berok!

patot yang kau lempar adelah bapak budak tu yang taknak bertanggungjawab tu
bukan baby tu!
dan kau sekali patut humban diri kau.
barulah YOU JUMP I JUMP!

 sudah.
tak terkata aku lagi.
yang pastinya... 
KAU PEMBUNUH JAHANAM! 
tu je aku nak cakap.



My nephew Khair Khaliff, waktu dia baru few hours lahir. Baby secomel ini (baby muke sume same time baru lahir kan) boleh kau buang? LEMPAR pulak tu. AKU SPEECHLESS!




:::sayerpunyerbelogler:::



hazahasan



Wednesday, September 5, 2012

Wordless Wednesday



credit to AZIHAN YUSOFF untuk gambar ni. Danbo ni sangat kiyut dan gambar ini sangat cantek. Keep it up!

Bila engkau memandang segalanya dan
Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu...
Pasti akan damailah hatimu,
kerana masakan ALLAH sengaja,
mentakdirkan segalanya untuk sesuatu,
yang sia-sia...
Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu..
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu,
kerana DIA tahu,
hati yang sebeginilah,
yang selalunya lebih, lunak dan mudah,
untuk dekat dan akrab denganNYA.....



okbye.




:::sayerpunyerbelogler:::




hazahasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...