Monday, October 31, 2011

Tabahlah..

 
Di antara kita,
ada beberapa jiwa
yang dilahirkan dengan rencana
untuk menjadi peribadi
yang besar pengaruhnya
bagi kebaikan sesama di masa depan.

Tapi,
saat ini dia sedang berkecil hati
dan galau kerana kecewa
dengan perilaku kehidupan.

Sinar wibawa peribadinya itu
tak akan muncul
sampai dia membersihkan diri,
mencerahkan matanya,
dan menggagahkan dirinya
untuk melakukan yang berguna
bagi diri dan keluarganya,
dan menjadikan dirinya
rahmat bagi sesamanya.

Tabahlah hati...
 
 
till now pen off
:::sayerpunyerbelogler:::


hazahasan

Saturday, October 29, 2011

Aku berdoa lagi Ya Allah

 
Hati yang bimbang,ku bisikkan padamu Allah

Tuhanku Yang Maha Benar,

Aku datang berserah kepada-Mu
kerana telah letih ku bernafas
dalam rasa khuatir dan takut
akan ketidak-pastian ini.

Tuhan kecintaan hidupku,
sesungguhnya kedamaianku
hanya seperkasa keberserahanku
kepada kekuasaan-Mu.

Aku mohon Engkau menegaskan hatiku
untuk menetapkan pilihanku,
yang walau tepat atau tidak,
adalah jalan menuju kebaikan hidupku.

Amin
 
 
till now pen off
:::sayerpunyerbelogler:::

hazahasan

Tawakkal Kami padamu Allah

 
 
Kami yang sudah letih dengan keraguan dan penantian waktu yang tepat - yang tak pernah datang itu, malam ini kami bisikkan …

Allahku Yang Maha Pemberi Petunjuk,

Aku mohon Engkau Ya Allah , akhiri kebiasaan kami untuk berlama-lama menunggu waktu yang tepat untuk kami mulai langkah-langkah untuk menuju impian hati kami.

Janganlah Kau biarkan kami tertukar antara berhati-hati dan ketakutan, kerana akhirnya kami sendiri sangat naif adakah penundaan kami itu kerana kami bijak atau kerana kami sebetulnya takut.

Tuhanku, tidurkanlah kami dalam kedamaian dan bangunkanlah kami esok pagi dengan kesegeraan yang kuat untuk kami memulakan pembaharuan dari yang selalu kami lakukan.

Janganlah Kau biarkan kami mengembalikan diri kami kepada keraguan, setelah rasa yakin itu datang.

Jadikanlah hari kami esok, sebagai hari yang ceria dengan keikhlasan mencuba melakukan yang selama ini dijauhkan dari kami oleh rasa takut kami.

Sesungguhnya, jika Engkau bersama kami,  apakah yang masih kami takuti?

Allah, kami rayu dan sembah mu agar selalu dampingi dan bersama kami dalam perjalanan hidup yang sejahtera dan berbahagia serta sentiasa di bawah rahmatmu.
Andainya tidak ada yang menyokong dan kami tempuhi sendiri pilihan ini, berilah kekuatan pada kami di dalam dugaan kami ini sekali lagi. Ampunkan kami ya Allah kerana menyakiti banyak pihak untuk pilihan ini. Hanya Kau satu-satunya yang tahu segala yang tersirat. Sesungguhnya segala yang terbaik hanyalah darimu, Kami tidak sekalipun ragu dengan jawapanmu atas doa kami..

Amin Ya rabbal 'alamin

till now pen off


:::sayerpunyerbelogler:::

hazahasan

Thursday, October 27, 2011

Untuk hati dan jiwa





Sahabatku, ditengah hati resah & gelisah,Semua upaya sudah dilakukan namun belum juga terlihat hasilnya. Jangan putus asa, berserah diri & memohonlah kepada Allah agar diberi kemudahan untuk menggapai apa yg menjadi harapan anda. 
 
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubatlah kepadaNya, niscaya Dia akan memberi kenikmatan yg berlimpah (terus menerus) kepadamu sampai kepada batas yg telah ditentukan."
(QS: Hud 3)
 
 
till now pen off
 
 
::: sayerpunyerbelogler:::
hazahasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...