Friday, May 25, 2012

sharing :)



Bila kita degil, mungkin mak kita cubit telinga kita
Bila kita tak ikut cakap, mungkin ayah kita akan rotan kita
Bila kita mungkir janji dengan kawan kita, mungkin kawan kita akan murung seminggu dengan kita

Tapi,
Bila kita tak solat, Allah tetap bagi kita nikmatNya
Bila kita tak puasa, Allah masih beri kita rezeki
Bila kita mengumpat, Allah masih bagi kita peluang untuk berkata-kata

Sungguh, Allah itu Maha Penyayang
Walaupun hambaNya terus menerus melakukan kesalahan dan kesilapan
Dia tetap mencurahkan kasih sayang dan nikmatNya

Bersyukurlah menjadi HambaNya
Buat apa yang diperintahkanNya
Tinggal apa yang dilarangNya
Jangan sampai Allah turunkan kemurkaan ke atas kita
Atas DOSA yang kita lakukan...



okbye!


:::sayerpunyerbeloger:::



hazahasan 

Monday, May 21, 2012

Aku, Cikgu dan Sekolah (P.A.R.T 1)



aku tau hari guru dah lepas, tapi aku nak jugak buat entry ni.
suka hati aku la kan, aku nye blog.waakakka
aku kan suke wat lain dari orang lain so jgn marah ek.
senyummmmm cikit :)

aku teringat zaman aku sekolah dulu. 
dari zaman tadika, sampai ke Universiti
aku memang terejal!
bila aku ingat2 balik..
ALLAHUAKBAR! MASYAALLAH! SUBHANALLAH!
(geleng kepala sampai pening keneneng)
sudah, meh aku citerkan satu-satu ok
tapi entry ini akan ade part by part.
sebab panjang sgt nak aku ceritekan...
siler baca kalau rajin sambongannye...
hihihiih

Tadika Al-Huda, Bukit Baru
aku memang memulakan sesi tumbesaran aku di Melaka Bandaraya Bersejarah.
Lahir kat Hospital Besar Melaka, mulekan skolah pun kat melaka.
wah, zaman aku skolah tadika aku sgt kiut ok.
rambut aku tebal lurus, aku kecikkk je waktu tu.
putih melepak macam anak cina
(ini betul sebab moyang aku adelah cina + jepon)
aku ingat ramai suke cubit  ngan ciom pipi tembam aku tu.
aku pendek , owh bukan...kenit je orangnya. muka bulat di tambah dengan pipi telor.
ohoiii, CEK MEK MOLEK gitewww! hahahaha

Mak antar ke tadika Al Huda , tadika agama.
so sah sah aku kene pakai tudong wane putih ngn baju kurong wane ijau.
owh, tak suka la pakai tudong. tudong getah plak tu. , pastu tepet je kat muka aku.
uwaaaa, x suka sgt2 lah. benci tengok cemin tau
setiap pagi asal nak gi skolah je, mesti mengamok2 taknak pakai tudong.
dan jugak tak nak pakai baju kurong. nak pakai sekirt! MAMPOS!!!!
kecik je mak aku tengok aku tiap-tiap pagi.

kejot menangis, terbangun lambat menangis, terbangun cepat melalak,
 air dalam baldi dah sejuk menangis, stokin xde nangis...
wohooooo! aku bile type balik aku sendiri rasa nak aku benam-benamkan je dalam sinki budak ni.
adoi! nasib mak aku masih waras ..dan akhirnya sampai sekarang ak u masih bernyawa...
setakat kene lepok , seret ditambah dengan sebat tiap2 pagi...
IYE, AKU LAH RAJAAANYERR...
mak aku kesah ape, janji dia berjaya post aku ke sekolah..
huhuuuhu

ayah memang tak leh nak cakap ape dengan aku.
tapi ayah tak pernah pukul, sampai dah tua ni pun ayah tak penah pukul aku.
cubit penah tapi tak sakit. hahahahha!
mungkin sebab ayah aku tau kalau dia cubit aku, aku mungkin akan lari rumah.
tak mungkin sampai ke Lombok tapi mungkin aku akan duduk dalam kelong kt taman permainan je.
sebab tu aku rasa mak aku menyirapppp je nengokkan perangai aku
makin naik lemak ok sebab ayah selalu backing.
DIVA KAN? wakakakaka

aku dari kecik dah cam gengster. seriyes aku cakap!
aku tak tau la kenapa aku cakap camtu.
yang pasti aku ade geng ok.
diorang sume ikot je cakap aku, walaupun aku tak suruh pun ikot.
kalau aku x nak makan, diorang ikut taknak makan.
(padahal aku dah makan byk dalam kete waktu mak aku seret suh pegi sekolah so aku kenyang kan)
kalau aku cakap jangan kawan dengan budak tu, diorang pun x kawan dengan budak tu.
hahahahhaha...
aku pegi main kat playground, diorang ikot.
aku merajok taknak belajar pun ade je yang ngikut.
APA YANG PENTING, KERJASAMA!
gitewwww konsepnyerr

disebabkan pengaruh aku itu, maka aku dilantik menjadi ketua kelas...
wahhhh! kau jangan tak caya.
2 tahun aku bejaya kekalkan pengaroh aku sebagai ketua kelas
ustazah sayang ok. itu yang sangat penting..

paling aku ingat ustazah Kamariyah. dia paling baik dengan aku.
aku kalau tak nak makan sebab merajok, kompem dia datang bawakkan nasik lemak dalam pinggan plastic tu kat aku.
pastu dia duduk sebelah tunggu aku mencekik, eh tak makan2 jugak..
lalu dengan penoh kasih sayang dia suapkan.
memula taknak bukak mulot, merajok kate kau..
sudahnye..BETAMBAH NASIK LEMAK! wakkakakka
sampai habis yang tambah tu ustazah kamariyah layankan aku.
manjaaa sangat aku rasa diri aku.
(padahal mak aku tak bayar duit lebih pun kat tadika sbb aku macam anak raja besiong perangainyer. mengada ngada cis!!!!)


ustazah tu saja yang sangat sabar dengan aku.
penah ade satu kali tu, sorang budak pompuan pijak kasut skolah aku
dia pijak, aku pijak balik le kasut dia.
pastu eh dia conteng lak buku aku.
hambik kau aku baling tumbler dia kat luar tingkap!
dia menangis harusslah tapi aku lagi harusss melalak.
sore aku lebih kuat dari sore dia.
kalau orang jawa kata NYEMPRENG!
padahal tumbler dia yang pecah, aku nye kasot cuma kotor sikit je.

lalu ustazah pegi beli tumbler lain kat Fajar tepi tadika kami tu gantikan
pastu kasot aku dia basahkan kain dan lap sampai putih balik.
baikkan..

aku sayang dia sangat2!
kalau mak bekalkan bekpes, mesti satu bagi ustazah.
ustazah lain tak dapat sbb suka jeling aku bila aku nangis.
wakakakkaka.

mak belikan jeli kat fajar, mesti satu aku bawak esok ke tadika untuk ustazah.
penah kiteorg gi kedai buku THAIKUANG (sape budak2 melaka sure tau kedai buku ni), siap cakap kat mak nape tak belikan tuk ustazah buku.
wakakkaka. mak aku tak cakap banyak cuma sambil jegil mate dia, dia just cakap
' KAU INGAT AKU COP DUIT NAK BELI ASIK2 TUK USTAZAH KAU JER?'
wakakakkaka ! comel kan mak aku?
(skang aku tau aku ikut gengster dari saper :)p. hahahha kemana tumpahnye kuah kalau bukan ke nasik ye tak? kikiki)


so sempena hari cikgu ni, saya nak bagitau kat ustazah kamariyah ni...


ustazah, saya suka dan sayanglah dengan ustazah. saya tak tahu mane nak carik ustazah kat melaka tu. ustazah adelah ustzah paling best penah saya jumpa. tima kasih ustazah sebab suapkan saya nasik lemak dengan amikkan air tok saya. tima kasih jugak sebab ustazah pilih saya jadik ketua darjah sebab ustazah percaya saya boleh jaga kelas kita. ahahahha! SAYANG USTAZAH KAMARIYAH KETAT-KETAT . NAK PELOK USTAZAH :)
so tu je aku nak hapdet. nanti kita jumpa kat part 2 ok.
okbye!




:::sayerpunyerbelogler:::




hazahasan



p/s : harapanakakunantitakdegilterejalcamaku.kalaudiabuat,siapdiaakutibai.oktakutsebenarnyerlah, hahahha









Saturday, May 19, 2012

untuk kamu




oktujenakbagitau. 

senyum :)



:::sayerpunyerbelogler:::



hazahasan

Thursday, May 17, 2012

Aku dan Coolblog


owhhh....lihat gambar kat atas tu.
iye..sejenis air yang yummy yummy....
COOLBLOG namanye!
aku tak paham ape kene mengenanya air itu dan blog tapi aku yakin ia dinamakan secara kebetulan dengan coolnye blog aku!
(ok, pegi pingsan kat sane. dah kau tak cakap blog aku cool so aku cakap sendiri le, wakakakka)
dah diam, berenti gelak! aku nak citer pasal air ni....


sejarah keakraban aku dengan coolblog ni bermula sejak sepupu aku JAJABINKs kenalkan pada tahun lepas pada aku.
aku tak paham dari celah mane dia mula ketahuan dengan minuman ini tapi aku kisah hape.
katenyer aku lembab sebab dekat kajang dah femes giler dah. 
masalahnye aku YB kajang ker yang aku nak amik tahu hal kajang?
wakakakaka! dia kater aku lembab tu aku tak leh nak terima dek akal tapi dah dia jer yang paling rapat dengan aku, aku terpakse tahan malu dengan hinaan itu.
(ampon jaja, harap kite dapat beraya bersama tahun ini di BRISU, wakakakakkaa!)

yang penting dia adalah manusia yang dipertanggungjawabkan untuk masalah yang aku hadapi.
iye! aku sangat bermasalah dengan air ni.
AKU DAH KEMAROKKKK OKEY! cis, apepontakbolehlah.
waktu memula dulu, tiap2 hari ok aku ke kiosk dia yang kat GIANT Kota Kemuning tu. 
HARI-HARI! sampai pekerja kat situ dah kenal sangat.
nak mampos tak kenal? 
kalau dah  muke aku je yg datang asal kul 630 petang.

owhhh! bile dah sebulan aku terpacol kat kaunter dia, maka kami dah macam adik beradik plak..
eh! aku tak perasan tau cakap camni, diorg sendiri yang cakap camtu.
tolong kagom uolssss...hahahahahha..
kau jangan....selalu bile diorg blend tu kan so selalu ade balance dalam blender dia.
tapi dah tak muat nak di masukkan dalam cawan tu, 
maka dia siap bagi belen tu kat aku letak dalam tumbler!

SEE! best kannn..aku dah cakap diorg memang sayang aku, siap tak sampai ati buang belen tu.
setiap kali aku beli, musti 2 cawan.
walaopon ade banyak flavor kat sana tapi aku memang suke chocolate ngan coffee je.
bubble mesti 2 layer. cuma kadang2 je satu layer. 
so bile ade yang belen2 tu, opkos ade akhirnya peroleh 3 cawan.
wowwww! aku suke sangat-sangat dan sangatttttlah!

tekak aku suka yang cair2 nye konsep.
iyelah dia kan ice blended tapi aku tak berapa like kalau dia blend tu terasa banyak air batu hancor tu.
aku musti suroh diorg buat cair-cair.
tapi aku tak suka kiosk yang kat giant shah alam.
haritu waktu aku mintak cair-cair, die suh aku beli yang air je.
cis! suka hati aku la. sebok jer.
sejak itu aku band kulbelog di giant shah alam

kini Econsave di rumah aku sudah ade kiosk itu.
owhh..cuma 5 minit je aku perlu amik masa untuk mendapatkan kulbelog.
hahahahaha. 
aku pelik lah kenapa aku masih belom muak dengan kulbelog itu.
aku harap mereka tak meletakkan apa2 benda yang membuatkan aku menjadi ketagih.

terfikir jugak aku untuk berniaga menjadi franchisor mereka. 
tapi aku takut belom sempat org lain beli , aku yang minom telebih.
dan sekarang tiba2 aku terlintas....kan best kalau kat Petronas aku nanti aku leh apply kiosk ini diletakkan?
(wahhhhhhh....okitusangatmustahilsebenarnye)

nah kat bawah ni aku letakkan menu-menu dia untuk tatapan dan rujukan korang.
nak lagi detail sila kunjungi www.coolblog.com.my

ini smoothie blog. pon sedap sampai menjilat straw.

ohooooooii! ini kegemaran mak ni...OHSEM!!!! sumpah sedap giler. tolong percaya ok.

milk shake blog pulak. yang ini penah try sekali je. so bila aku x beli buat kali kedua makne nye dia x menepati selera tekak aku. sekian.hahahah

kalau dalam bahasa arab...LAZIZAHHH! maksudnye sodap...silo cubooo..

tapi kini aku sedar aku perlu kurangkan..
kerana ia manis..tak elok untuk kesihatan.
cukoplah senyuman aku yang manis secara semulajadi,
aku x perlukan kencing aku untuk menjadi manis sekali!
CHOIII!

okdahtujenakbagitau.bye!





:::sayerpunyerbelogler:::




hazahasan



ps : akuselaluharapakudapatanugerahpembelisetiadaritokeycoolblog.sebabakutaksureakubolehmenanganugerahblogpalingcoolatautidakdariblogger.com


Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Emak





ok , memang lambat post pasal hari emak. bizi la uolsss...seriyes tau. 
ok cuma nak bagitau..untuk menyambot hari emak kali ni, saya mmg x sambot ikut tarikh yang konon2nye diwartakan
hahahaha..saya dah sambot 3 minggu awal dari tarikh tu. 
kenapa? ok sebab hari untuk mak saya , saya x nak share ngan orang lain...
wahhh, eksyen kan bunyinyer...hihihih
eh tapi memang itulah reason saya. 
hari untuk emak saya , saya dah wartakan pada 15 April 2012
baru sepesel sikit kan mak...

ok untuk hari emak itu, saya belikan mak saya lampu tido yang ala2 bali style
dia custom made sempena hari kraf haritu
untuk pengetahuan korang, mak saya memang peminat perabot2 ala2 Bali konsepnye
kayu kayan , buloh buloh, lampu2 wane kuning dimmed gitu.
ok saya ikut taste dia. konsep ranting ranting letak dalam rumah 
begituuu kekdahnye.

jadi waktu saya ronggeng rokiah di satu sopping kompleks tu, maka saya terlihatlah design lampu tido ni.
ok , cantek yang penting..
memang mak suke. so saya beli dan mintak budak tu wrapkan
sampai rumah terus bagi sambil salam n ciom tangan dia
" Emak, Selamat Hari Ibu ok. " 
mak pelik dan tanye " kau dah kenapa?"
alamakkk, potong ar mak aku ni....cis!
susah ok nak tengok aku buat camtu kat mak aku....tapi aku kan terer kaber ayu...
dengan konon2nye macam x termalu aku just cakap...
"ala mak ni, orang saje je belikan hadiah la, x suker ke?"
mak jawab " ok suker le, beli banyak lagi pasni!
(okmaksayaovertau, hihihi)

dah 32 tahun aku idop dengan mak aku, macam2 yang aku perasan
yang paling penting, macamana gadoh betekak sekalipun
aku x penah nak benci mak aku.
dah nak mampos benci emak? mampos aku jadik batu kene sumpah le ngan beliau..hehehhee
zaman kecik2 mak amatlah garang nauzubillah.
kalau kami pekse no 4 ke atas, mak x nak tegor kami. 
huhuuhu...aku ingat tau.
pastu kalau nakal je, mane yang sempat mak aku capai memang libas tetap libas kau.
hanger dah x heran pun terpatah, kepala tali pinggang memang kalau  tak tecabot itu bukan emak aku.
tak jumpa hanger, tali pinggang, tangan pon jadik....
wooooo, nasib baik zaman dulu talian NUR takde.
memang konsep PUKOLOGI ok, tak main le saiko2 ni.
kalau ade, maybe mak aku orang petama yang kene repot sebab kes dera,,
wakakakakaka..

aku adalah manusia yang paling banyak kene dengan emak. 
tampar, cilikan mulot, tonyoh ngan cilipadi, masukkan lesong yang dan gesek ngan ciliapi dalam mulot, kene tinggal luar rumah pukul 3 pagi, cubit, piat....
oh! akulah orang itu! muahahahha
tolonglahh...aku memang degil tegar le aku rasa.
aku sendiri tak faham macamana aku leh jadik sedegil itu..
itupun x serik ok. huhuhuhu

tapi sekarang aku pelik, kenapa dengan cucu mak aku kalah ek?
HAHAHAHHA. 
aku tengok anak buah aku mak aku manjakan memang tak leh blah ok.
cis!
ini tidak adil tidak adil bagikuuuu..

tapi yang pastinye...
kerana cara mak aku itulah aku sekarang jadik manusia
ok AKU SYUKUR SANGAT.
jugak adik-adik aku yang lain 
alhamdulillah ..

ok ucapan untuk emak saya 
MAK, TIMA KASIH UNTUK SEMUANYA..SAYANG MAK SAMPAI MATI.

takmau citer banyak lagi..ni some of the collection gambar saye dengan emak saya..


yer, itu saya. melalak je kejenyer...mane tak kene taler ngan emak kan..

ok, ini saya dan emak di tasik titiwangsa..jenjalan menghirop udara segar. rambot tu memang begitu, tolong jangan persoalkan.wakakaka

owh...suwittt sgt saya kan :)

dari tegak rambot itu, sama tegak dengan degilnye. aku sgt berharap anak aku tidak seperti aku.wakakkakaa


saya dah besau skit...TAPI SEKARANG LAGI BESAU OK, muahahahah

saya dan adik saya fadly. itu bibik yang menjaga kami...kak peah namanyaa :)



oktujebye!



:::sayerpunyerbelogler:::





hazahasan



p/s : akuharapanakakutakdegilsepertiaku, takutakupulakyangmasuktalianNURnanti, wakakaka





Sunday, May 6, 2012

Aku, Melaka dan Sotong

hapdetssss....tadaaaaa

hari ni 5.5.2012 bersamaan sabtu dan ia adalah hari Wesak day
tapi kami keje walaupon Selangor punyer cuti umom
jangan tanye lebih2 kenapa kami keje.
dia akan ade 2 jawapan jer
yang kesatu : kontraktor tak boleh cuti banyak sebab kene meet completion time ikut schedule CPM project.
yang kedua : kami sume Bumiputera dan Islam so tidak menyambut pun Wesak itu. 
hahaha. kejam? kejam tak kejam dah 15 tahun uols dipraktikkan...
kadang2 rasa nak nangis gak tapi cuti kalendar Islam yang lain YES kami amik.
itu lebih penting...amin :)

ok bebalik pada tajuk kat atas tu..AKU, MELAKA DAN SOTONG.
kenapa sotong, bukan ikan, kure2, sipot atau harimau?
hahaha...sile bacer sampai abis.
kerana binatang itu dekat dengan aku. 

aku gerak ke melaka sabtu tengahari, sebab memang ade keje kat ofis.
this time MUZLINA kawan baik aku nak follow.
reason? sbb dia kemarok nau nak makan sotong goreng tepong.
tatkala dia menyatakan hasrat dia 3 minggu yang lepas, aku cume tanye dia satu soklan je :

aku : kau dah kenapa nak makan sotong goreng tepong kat melaka? dah habis dah sotong kat kelang?
muz : ala za, melaka punyer best le. aku x penah jumpa dengan rasa yg camtu tau. pastu aku nak minum kokonat shake ar za, adik aku suh bungkos bawak balik nanti.
aku : boleh jgn tipu aku tak dengan jawapan tu? dah, tak nak tanye lagi. yang kokonat shake tu dah kenapa nak di bawak bungkos? cair le dia. cakap kat khairani salwa, SILA DATANG KE MELAKA KALAU NAK, SEKIAN!
jadik sebagai kawan terbaik di muka bumi ini, aku dengan sukacitanya menunaikan hasrat dia.
Muz dok Klang so aku kat shah alam
maka aku mmg tak pernah suka masuk Klang  
(ini sbb dia kelam kabut sangat dan aku tak suka memandu dalam keadaan aku pening) ahahhaha
jadik aku suh muz naik komuter dan turun kat Subang Jaya.

nak di jadikan citer, aku yang kat opis ni dah bersilat bagai nak menyiapkan keje sblom balik melaka
nak nak si Muz dah kol bagi tau dia dah sampai.
 tup-tup aku salah stesen.
aku pegi ke batu 3 padahal aku suh dia turun kat subang jaya.
ok! aku dah tua. FULLSTOP....jgn mintak atau cuba buat huraian lebih ok.
tapi aku sampai sekarang tak dapat nak recall ape pasal aku leh ke Batu 3 ek...
konpius yang takde penyelesaiannya...teruk giler!

on da way ke melaka, Faishlin plak kol tanye aku dah kat mana
dia dah menjerit kate dia lapau.
aku padahal baru nak masuk nilai, mampos!
dengan jamnyer...kau tak payah citer. panjang sampai ke seremban..
habis seremban kat senawang lak..eh! bile nak sampai nii.....bukan faishlin sorang je yang lapau,
perut aku pun dah belubang ni..

akibat dari jem yang melampau-lampau itu, so masa yang terluang kami isi dengan sesi karaoke dlm kete...
dengar pulak BEST 104. lagu zaman2 tok nadong dulu la kan
memang aku hapal sangat! ahahahha
ketawa dan airmata, ramalanku benar belaka, mama, puisi sang puteri, cindai, bosanova, jangan pernah berjanji...eh! banyak lagi kau....hahahha
maklumle...remaja purba gitew...

aku touch down melaka tepat kul 2.00...dari kul 11.15
agak lambat...so terus amik faishlin kat ofis then shoot ke lokasi pertama iaitu :
Kedai Makcik Asam Pedas...MAMAMIAAAAAAA...
ok! aku makan asam pedas kembong 2 ekor. lantak! kau takyah nak buat2 terperanjat. ikan dia memang fresh nak mampos. manis! sedap! lazat!
lame dah aku pendam tekak dan rasa tuk tidak makan heavy jadik 2 hari ni aku akan bedal semuanyaaa...
(tolong jangan ingat aku kelahap dan burok lantak, aku cuma mengekspresikan perasaan lapar giler dan kenyang giler aku, sekian..hehe)


lepas dah makan nasik dengan asam pedas tu, kami terus ke Klebang tuk kokonat shake pulak.
ade hati lagi tu kiteorg nak makan nasik lemak dengan mee goreng bungkos kat situ.
SEDAP! itu je yang aku nak bagitau tapi malangnye habis sudaaaa
cis! xde rezeki le nampaknyer.
dapat kokonat shake, tikos melintas pun aku x sedau...punyer leeeeee asyik masyuk..

maghrib kami balik ke rumah tuk mandi dan solat.
bersiap pulak nak ke ikan bakar muara duyong!
wakakakakka! sumpah tadi baru je lepas makan kan..ni makan lagi.
mampos! mane tak tembonnn.
takpe, aku mengenangkan sehari je kat melaka..so enjoy!

ok part ni best sikit aku nak citer..
kiterang sampai kt kedai tu dh pukul 9 malam.
barisan kemain panjang nak menunggu tempat dudok je.
tp rezeki kami murah..tak tunggu lame sbb 3 orang je.
so bile dah dpt tempat duduk, muz jaga tempat, aku ngan faishlin gi pilih ikan tuk jadik santapan
dan tersemat dalam ingatan...sotong goreng tepong ! hahhhaa

sampai turn kiteorg kat tempat ikan di tayangkan, faishlin godek bekas sotong, tengok dah habis!
alamak sudah! agak sedih ok sb aku kesian ngan muz..teringin benorrr ngan sotong goreng tepong..
yang tiggal kepala je ok. so aku cakap ngn faishlin amik je..
nanti dah salut tepong kau x perasan itu kepala dia.. hahahhahah

so sampai turn kami kat kaunter, abang tu pelik sbb kepala pun kiteorg kebas.
aku dengan penuh yakin ok dia tak kan le nak kira kepala sotong tu pun kan, tapi diorg kire jugak rupenyer
ciss!!! aku sampai cakap kat abang tu sotong ni x cukop sifat bang, kepala je pun.
dia cakap, kepala pun still ia sejenis sotong dik.
dem tak dem nye kan statement dia..
HAWAU SANGAT LAH KAU! WAKAKAKAKA

so sambil abang tu tulis2 laok kiteorg , dia pun tanye kat aku. ini dialognyer :

tokey : dik, sampai kepala sotong pun kau nak kan..kkekkeke
aku : nak buat camne bang, mengidam.. NAK SANGAT MAKAN SOTONG GORENG TEPONG KAT MUARA SUNGAI DUYONG NI. dari shah alam saya drive tadi...
tokey : laaaa, iye kee? kau ni buat abang kesian lah. kejap kejap...(sambil jerit) man, kau pegi tengok kat belakang tu, carik le kalau2 ade sotong2 yg tertinggal tu. ni akak ni ha ngandong dari shah alam dtg nak sangat makan sotong goreng tepong kiter 
aku : eh! aku ade cakap aku ngandong ker tadi ek? ( sambil usap2 perot dan yakin perot aku tak buncittt okeh! ). faishlin dah gelak macam setan kat belakang aku. eh! diam kau faishlin...ini drama ni , drama..aku tengah tahan gelak ni hawau...wakakkaka
tokey : husband mane?datang ngan kawan-kawan ker?
aku : husband sy offshore bang, tu yg datang ngan diorg ni. ( wakakakkaka, giler yang ini pun aku tipu lagi abang tu)


wakakakkakak! macam setan kan perangai aku!
sumpah aku xde niat nak tipu tp abang tu yg assume aku mengandong..aku tak cakappppppp punn...
akhirnyaaa...aku dpt 2 ekor sotong ok...untuk ibu mengandong ini!
not only sotong, aku dapat jugak 5 bungkos nasik lemak tuk kami santap.
time tu orang lain sume dapat nasik putih sbb nasik lemak dah habis...
REZEKI KANNNN.

adoiyaii, itu le citer aku kat kedai ikan bakar tu
sampai esok kami dok gelak sakan
macamana lerrrr boleh tekeluar kes ngandong tu
nauzubillah! nak mampos kalau betul2 jadik
jauhkannnlah..

lepas ikan bakau tu, kami gi lepak kedai bedah
kat semabok dia bukak kedai roti john.
superb...makan lagi ok!
hahahahhaha
kul 2 pagi baru sampai umah faishlin dan tido
sume dah macam ulau sawer dah....hahahhaha

ok tu je nak citer.
dah malam and esok keje.
aku nak selip dah..
okbye



ini saya sewaktu sedang beratur memilih ikan dan sotong malam tu. gambau bawah tu mane ade saya tahan napas ok. tak boncet kan kan...hahhahaha...aoiyaiiii...inilah wajah perempuan yang dikatakan mengandong dan suaminya di offshore! wakakakkakaka...


disebabkan dah terlalu gelak sakan bile ingat balik citer ngandong tu, aku x sempat nak amik gambau pun sotong goreng tepong malam tu. ni aku gugel je dari ntah sape sape le. Muzlina, sila sayang saya ok sbb berjaya mendapatkan sotong goreng tepong untuk anda disaat-saat genting. hahahhaha


::: sayerpunyerbelogler :::


hazahasan







Saturday, May 5, 2012

HURTs




hye salam
 tak tau nak olah apa
nak cakap apa
cuma ini je nak luahkan



Aku hanya ada Allah, Yang Maha Benar, Maha Mengetahui segala-galanya. Walau macamana kau gembira menganiaya aku , memperbodohkan aku dengan macam-macam helah dan cara selama ini
aku tetap sabar dan masih bersabar
iye aku menangis, iye aku sedih, iye aku sakit hati
aku tak mampu nak beritahu segala kebenaran itu pada semua orang
kebenaran yang hanya KAU , AKU DAN ALLAH sahaja yang tahu
tapi aku sangat yakin
akan janjinya Allah pada hamba-hambanya yang sabar dan teraniaya.

:::sayerpunyerbelogler:::




hazahasan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...