Thursday, April 12, 2012

U.M.R.A.H 2012

Assalamualaikum

dah petang sikit baru leh dapat nak update belog.
pelik ek? hari hari aku hapdet belog kan
hehhehe..terujer gitew tak tau sebab apa
perasaan aku skang is HAPPY DAN TENANG..
alhamdulillahhh, syukur Allah bagi nikmat tu

hari ni nak hapdet pasal umrah kami yang lepas
ampon beribu kali ampon
aku balik 13 March haritu , tapi baru sekarang aku hapdet.
pertama keje memang banyak, kedua masa memang tak cukop
ketiga tender banyak giler nak di setelkan
keempat....
sudah! yang diatas reason tu sume aku tipu je
yang sebenarnya aku nak betul2 konsentrate citer pasal umrah
iye...umrah kan..bukan melancong so tatabahasa yang aku perlu gunakan mestilah berpaksikan ciri ciri muslimah begitu , amin

ok, syukur ini kali ketiga untuk aku ke tanah suci
kali pertama 2006, kemudian 2010 dan 2012
alhamdulillah, kali ni pergi dengan mak, ayah dan adik lelaki aku yang bongsu.
Piki tunggu kami di Madinah Airport sebab dia memang belajar di Alexandria
pergi kali ni jugak di sertai oleh sepupu aku Solahuddin
(actually company aku memang kalau diizinkan Allah akan bawak setiap tahun seorang staff. ikut Seniority so this time memang turn sepupu aku lah. Semua ditanggung syarikat. Insyaallah aku harap sangat kami dapat teruskan niat begitu untuk pekerja yang kami hargai)

So disebabkan turn sepupu aku, maka mak dan ayah aku ajak sekali paklong, Maklong aku serta Mak We  iaitu family kepada Solahuddin
Kesimpulannya kami pergi 7 orang dari Malaysia dan Piki tunggu terus di Madinah
Masih lagi menggunakan khidmat Andalusia Travel sebagai agensi umrah kami.

Kami touched down di Madinah Airport dan terus ke hotel.
Sejuk subhanallah keadaan di Madinah, tapi itu bukan penghalang untuk kami menunaikan ibadah
but thiis time hotel kami agak jaoh sedikit dari yang sebelum-sebelum ni.
Di Madinah, allah beri peluang kepada aku untuk berada di Raudhah, salah satu taman syurga
Terima Kasih Allah untuk rahmat dan kemudahan selama kami di Madinah
Kami di Madinah selama 4 hari. kemudian masuk ke Makkah pada hari seterusnya

Di Makkah juga kali ni hotel agak jauh, sebab hotel yang berhampiran masjid banyak yang dah kene roboh.
yang paling dekat is Hilton, which is satu malam RM 6000 kot, kalau tak silap aku ler
ok, tak mampu!
tapi jauhnya dan simple nye hotel kami tu, kami syukur sangat sangat
mane le tau, kalau dapat hotel yang best-best, aku risau jadiik malas gi masjid lak kan..
wallahuaklam

Di Makkah memang aku tak dapat nak ceritakan perasaan tu..
Ya Allah, di saat kaabah depan mata 
Hanya mampu nangis sebab jadik speechless 
Allah Maha Besar, Maha Adil, Maha Kaya, Maha Benar, Maha Penyanyang
sebelum aku pergi umrah, Allah bantu aku dalam segala masalah aku
Di saat tu aku memang seriously jiwa kacau, sedih, sakit hati, marah, keciwa dengan kehidupan dunia yang penuh dengan pembohongan , aniaya, tipu helah
masyaallah, tak terluah aku apa yang aku diduga dan apa juga yang Allah bantu
biarlah ia menjadi rahsia aku dan Allah untuk selamanya.
sekali lagi TERIMA KASIH ALLAH (sobsobsob)

(tengah type ni aku rasa sangat2 tacing....mungkin sebab aku terimbas detik2 pemergian aku kat sana, apa yang aku dapat, apa yang aku tempuh, ape yang aku tahu 
AKU BERTERIMA KASIH PADA ALLAH UNTUK DUGAANNYA, AKU BERSYUKUR ATAS RAHMATNYA DAN AKU SUJUD ATAS PERTOLONGANNYA PADA DOA AKU

oklah, disini aku upload gambar2 kami di sana
happy viewing ok

Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah
Payung di buka di luar kawasan masjid
Piki dan Mak

seni bina ukiran di dalam Masjid Nabawi, CANTIK SANGAT
KAMI , bersedia untuk memasuki Makkah untuk umrah
  
Me and Fikri di Madinah 



ayah di dalam Masjid Nabawi
KIBLAT KITA, allahuakbar!



 muka kami gumbira nak pegi makan makanan Malaysia di Felda d Saji , Makkah

saya dan Mak , Makkah
Paklong dan Piki memasang niat di Tanaim untuk umrah kedua kami
my LOVELY family
Me and Piki di Jabal Rahmah, tempat bertemunya Adam dan Hawa
di Baitullah ini, ALLAH temukan saya dengan maksud kasih sayang yang sebenar
the MOST stunning picture taken by us..PANCUR EMAS DI DALAM HIJIR ISMAIL. disini segala doa akan allah makbulkan, insyaallah


so itu je aku nak hapdet. 
insyaallah jumpa di post akan datang
nak balik umah amik dedebot sebab mama dia sibok meeting
okbye!



::: sayerpunyerbelogler :::



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengetahui

"Ya Allah, Engkau kurniakan aku rasa sakit hati ini kerana perbuatannya, aniayanya, tipu helahnya, aku mensyukuri cubaan ini. Semoga ini membuatkan aku menjadi orang yang lebih kuat dan sabar, semoga ini akan menjadi jalan untuk Engkau ampuni dosaku, dan semoga orang yang menzalimi aku Engkau sedarkan, Engkau perbaiki dan Engkau berkati hidupnya "



hazahasan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...