Friday, April 27, 2012

AKU DAN MELAKA


Ali Rustam..yes! eh pelik ker?
hahahah....saje je aku letak gambau dia
aku nak ubah idealogi kita sumer
dulu asal ingat melaka je, mesti uolss terbayangkan AFamosa
skang, kite tukar segalanyaa ok.
Melaka = ALI RUSTAM
Ali Rustam = MELAKA

tapi sebelom tu, aku nak mintak maap kat Dato Seri Wira Ali Rustam
bukannye ape, aku malas le nak berdatok2 bagai ni. 
aku panggil je Ali Rustam sudah
Boleh yer Dato'? (ni aku bajet kalau2 Dato terserempak baca blog ni le kan)
lagipun penat le aku nak menaip segala bagai nama pangkat dia
habis runcing jari gebu aku nanti
longgar cincin di jari.

ekceli post kali ni aku nak citer pasal melaka 
yes, MELAKAAA!
aku memang sayang nau ler dgn melaka ni
walaupon aku dah dok shah alam ni dah nak berpuloh tahun tapi melaka tetap kat ati aku
kadang2 aku sendiri cam pelik apesal le dasyat nau aku cinta kan melaka ni

adakah sebab aku pemegang IC no pendaftaran 04 kah?
(iyer, aku lahir di melaka uols, hospital besar melaka itu saksi kelahiran aku)

atau sebab SMKA Sharifah Rodziah di atas bukit punggor Telok Mas melaka itu kah?
(5 tahun mak skolah sini yer, mak ler ustazah pilihan yang dah isi borang tapi x sempat hantar)
muahahhaa. sila jangan percaya boleh?

adakah sebab asam pedas tetel nyer kah?
atau medan ikan bakar nye yang pesat membangun ?
atau Mee Hasan nye yang amboi mak limahhh, sedap nak mampos?
mungkin kerana kokonat shake kat Klebang yang kebabom meletop sedap sampai beli berbekas-bekas?
atau Zoo Melaka yang amboi bukan main dah sampai malam dia bukak yer skang

atau mungkin kerana cekodok bawang yang cicah dgn asam pedas tetel kat klebang ?
or sebab soya panas + halia yang apek tua naik beskal kat bandar Melaka tu? ini memang super sedappp lah. aku rasa nak beli bungkos berbotol2 ok. cis! ape apek tu letakkk lah buat aku keneneng kemaroks. hahaha

atau panorama angin laot menghembos pantai sepoi-sepoi bahasa yang halus menampar pipi aku?
eh! takkan sebab ali rustam pulak aku nak cinta melaka....
ini kan pula sebab Rahim Tamby Chik ye tak?
or sebab ade Faishlin dan Aisyah kat sana
(ini dua orang pompuan memang best buddies aku kat bandar bersejarah ni. sanggop cuti dan CHOWTI demi kedatangan aku..wahhhh..KATER DIVAAA KAN..
wakakakakak. harap diorg bangga le eknolej aku  kat diorg ni kan
eh! banyak nye atau akuuuuuu....
AKU KONPIUSSSSS LAH!


tapi yang pastinya
aku memang cintakan melaka sepenuh hati
aku hapal tau lagu melaka
lagu selangoor yang aku dah duduk betahun2 tu aku ade sedikit lupa dah
wakakakaka. ini Sultan Selangor kalau tau, aku sah kene buang negeri.
(ampon tuanku, jangan buang patik dari selangor, patik lemah sedikit daya ingatan sejak meningkat umur ni)

ok aku dah penat menaip.
tgh nak menengok citer cinta Scha dan Awal ni kat Astro
dan yang paling amat pasti..

ESOK AKU NAK BALIK MELAKA UOLSSS....
owhhh...gumbira nya rasa hatiku..sumpah gembira
hahhahahah


okbye.




::: sayerpunyerbelogler :::




hazahasan




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...