Sunday, July 29, 2012

I got a car!

Saspen?
Hahahahahhaha!
Yes i did receive a car for my beday present.
Thank you You!

I treasured it very much.
Malam ni i sleep ngn car ok

::: sayerpunyerbelogler:::

Hazahasan

Ps: senyum sampai tinger!


Saturday, July 28, 2012

Owhhh baru aku tahu...

Saspen?
Ahahahhaa
Baru balik dating ngn jumpa nuzul pas duit raya.
Then shoot balik umah sbb jeffry bagi ikan dari pulau mersing. Tq daling!
Td waktu drive dia dok suh aku godak2 phone dia sbb kami sama S3. Gituuuu sejiwanyaaaa kater kau. Hahahab
Tengah2 godek app tuk download aku terjumpa le blogger tuk mobile.
Habis download dia punye, aku download le blogger ni kt phone aku.
Wahhhhh happy!
Mahap le,
Aku tang technical ni mmg lembab nak kecap. Xleh nak adjust dah so kalau org lIn lame dah tahu, aku baruuuuu tau ok.
Wakakakakka!
Pasni boleh le hapdets blog waktu tgh meeting. Yesssss! Itu penting tuk aku!!!

Oktu je nak xcakap.

:::sayerpunyerbelogler:::

Hazahasan


Wednesday, July 25, 2012

My Dejavu Video (part 1)

aku sangat frust la sebab tak boleh hapload dalam fb
frust ok!
so aku terai le hapload kat sini
harap-harap boleh le






ENJOICEEEEEE WATCHING PEPELLL !






tuje.
kbye!




:::sayerpunyerbelogler:::




hazahasan

Tuesday, July 24, 2012

Bazli dan Pengorbanan





aku tengah kemarok tengok Dejavu Di Kinabalu
semua orang aku yaken ramai follow drama ni
Especially episod hari ni...22.
apesal tacing hah citer ni.
ok senang cakap aku nanges, 
sekian!

Bazli.....
dalam drama ni dari siri 1 sampai le ke hari ni
aku masih berpihak pada bazli
kenapa?
sebab bila aku tengk bazli aku ternampak diri aku
maaf, abaikan jantina beliau
maksud aku sikap dan cara bazli menyayangi nadirah
tulus! sangat tulus dan ikhlas

aku tertanya-tanya boleh ke atau lebih mudah ade possibility ke seseorang manusia yang terima jantung orang lain, sikap dan cara dia ikut sikap si owner jantung tu?
aku lupa la nak tanye kawan2 aku yang doktor.
aku cuma tanya mak dengan jaja and mak ngah aku je.
diorang cakap boleh.
mmmm boleh ek? aku fikir lagi sampai terbawak2 dalam tido.
tapi bila  kita kembali pada kejadian Allah
if Dia nak jadikan, maka jadiklah.
betul tak?

berbalik kepada bazli dan pengorbanan
kenapa aku cakap mcmtu?
sebab aku faham ape bazli rasa
aku faham ape bazli tempoh
aku boleh rasa macamana bazli sedih
bila orang yang dia sayang khianati dia
bila orang yang dia sayang lupa segala pengorbanan, kesusahan, keikhlasan, ketulusan dia.
sedih dannnnn aku faham sgt!

kenapa berlakunya pengorbanan?
sebab kita bodoh ke?
atau sebab kita desperate ke?
tidak....
pada aku sebab kita ikhlas.
Bazli ikhlas kan dalam cerita ni.
ikhlas sayang dia SEADANYA dia
ikhlas terima dia yang ada kekurangan
ikhlas bersama-sama dia di waktu dia susah
apetah lagi senang
ikhlas terima dia walaupun dia sakit
ikhlas terima dia waktu dia sihat.
tapi rupanya bila dia senang, sihat
DIA LUPA KITA!

ok tu je aku nak share
nampak aku over ek?
ade kene mengena dengan aku ke?
memang le drama
and kisah cerita tu tak sama pon
yang sama adelah konsep pengorbanan tu.

takpe,
 dah buang kisah tu jaoh jaoh
 dah serah pada Allah apa yang patut diterima atas segala penipuan dan aniaya
 mungkin manusia itu lupa Allah tahu segalanya
 mereka boleh sebar fitnah bagi memastikan ceritanya dilihat benar,
tapi Allah takkan pernah tertipu dengan kisah dongeng itu.
semoga Allah beri peluang untuk mereka berubah
amin

nak lagi tacing, kita dengar lagu ni eh





Seluas angkasa ku hampar cinta
Luhur hati hanya bagimu saja
Bagai udara untuk ku bernyawa
Dikaulah cahaya penyuluh jalan gelita
Mahligai indah ku impikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia
menyapa

Langit Menangis
Seakan mengerti peritnya rasa aku
melihatmu dengannya
Apakah silapnya aku
Namun ku nanti dikau kembali
kepangkuan ini
meskipun ku terluka
Cubalah mengerti
ohh..Mahligai indah ku impikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia
menyapa





:::sayerpunyerbelogler:::



hazahasan 


ps :  dialog Bazli episod hari ni yang membuatkan meruntunnya air mata aku :-
 " setiap hari saya bersusah payah turun naik hospital untuk dapatkan jantung awak, supaya awak boleh teruskan hidup normal macam orang lain. kalau awak tak terima saya lagi, saya redha...tapi please...tolong jaga diri awak...supaya awak boleh teruskan hidup mcm orang lain"


Monday, July 23, 2012

IMBASAN

Ekon opis keluau air ar kat sit aku ni.
eiiii!
aku tgh panas skang sbb ekon rosak

ok ini takde kene mengene dengan tajok post ni.
mhahahhahaha
maafkan saya!
tgh dok panas-panas ni aku godek2 le pc ni ha
terjumpa folder renunion IFTAR last year
kami buat di PICC, Putrajaya.

layan pic je ok :

Yonz the Ultroyon :)


jelas kesengalan mereka. yang paling sengal jelir lidah tu adlin. ahahahahha. aku tak penah paham kenapa susah benor dia nak amik gambau dengan muke yang ayu lah. 2012 aku perlu buat dia jadik lebih behave. maghahhahahaha



ini saya :)

from left is Ema, Me and Anoy. harap mereka datang lagi tahun ni. COME ON GIRLSS

pinjam anak adlin tuk posing. bagussss! x yah ajau sebab reti pose...hahahah

spotted one thing...AMAL GIGIT KUKU! AHAHAHHA



ini yang tinggal last2 people lepak2 nunggu laok habis.

saya...yang x reti amik gambau pon. hahahahahha. ini eksyen je lebey ok

last wallappp.....SEMPAT REMBAT DIMSUM SEDAP! wakakkakaka

adlin and family !

dan lagi......lebiyuuu!


cant wait for this coming gathering.
this year buat di sekolah tercinta
makan dalam dewan makan
cuma bezanya tidak di dalam dulang besi tu je.
yeayyy!!!


nah vids tuk korang dengau


oktuje. bye!





:::sayerpunyerbelogler:::






hazahasan

Saturday, July 21, 2012

Suatu Masa


today 1st ramadhan
dari semalam aku rasa hati ni sebak
tak tahu kenapa
cuma sebak
sebak
dan sebak
tu je!

dalam sebak aku terimbas macam2 peristiwa yang terjadi
semua yang menyedihkan
semua yang menyakitkan hati
semua yang membodohkan aku
semua yang buat aku menangis
semua yg buat aku kecewa
semua yang buat aku benci
semua yang buat aku rasa kosong
semua yang buat aku terkilan
SEMUAAAAAAAAAA!
 

tapi itu adalah ketentuan yang Allah wujudkan untuk aku
istigfar!

kbai!

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


ALLAH TAHU APE YANG TERBAIK UNTUK AKU. 
ITU YANG AKU YAKIN. 





:::akupunyerbelogler:::





hazahasan

Friday, July 20, 2012

DEJAVU DI KINABALU 2012



mood suda mari nak tulis belog. 
rindu tak kat aku? SILA RINDU!
wakakakaka.

 kali ni aku bukan nak citer tentang drama kat tv3 yang meletop2 DEJAVU DI KINABALU ye.
apetah lagi nak menganggap aku seperti tiz zakiyah ibaratnye.
wakakakaka TIDAK SAMA SEKALI 
walaopun dak Papa laki pekjah kate aku seperti Tiz Zakiyah, aku tak terbang dengan pujian itu.
( dia refer mulot si tiz ye yang katenyer same ngan patern mulot aku. Aku cuma harap papa tidak mengigau waktu memuji. muahahahhaha)

post kali ni aku cuma nak abadikan kenangan percutiaan aku ke Sabah Negeri di Bawah Bayu
wahhhhh...eksaited dia macam ke london kau bile korang bace tp aku tak kisah pun
kenapa? sebab aku dah nak masuk 2 tahun tak becuti.
gigih bekerja katenyerrr.
so sebab tu aku rasa sangat appreciate le moment2 indah itu kenssss

pemergian aku ke Sabah adelah pada Jumaat bersamaan 6 Julai sampai lah 10 Julai. 
5 HARI aku berjimba dan ronggeng rokiah!
syokkkkkk woooooo
langsong aku x pikir pasal keje ke, tender ke, kekasih ke, sekendel ke, 
giler kan?
KOSONG! INFINITI dalam pale otak aku. hahahahhaa

owh lupe nak citer.
aku pegi this time berdua je.
dengan cousin aku LADY JAJA.
wahhh...honeymoon konsepnye.
tapi jaja cuma bawak satu beg ala2 backpackers tu je.
aku? toksah di tanya ye.
aku nye beg lebih besau dari budak2 akademi fantasia ok.
wakakkakaa. alaaaaa. mmg itu patern aku kau tau
itupun aku rasa x cukopp nak sumbat barang2 aku 
packing barang je aku amik masa 3 hari ye. aku ulang...3 HARI uolssss!
ngalahkan nak ke spain plak.
hhuhuuuuh....aku leh bygkan kalau aku gi oversea nanti, allahhh.....rupe ape jeeeee barang aku.
beg sajeeee kau boleh mengucap kalau tengok. 
mhahahahahhahaha.
puas aku punggah, susun. lipat...sampai akhirnyeee disebabkan nak memuatkan segala tok nenek aku dalam tu, aku gulong dan ikat dengan getah...
WAHHHHH! banyak space lagi ni.mahahahhahaha
dan paling penting teramat pentinnggg...
BANTAL BUSOK AKU! dia ikot jugakkk gi sabahhh!
biau xde baju tp bantal busok aku ade. sebab baju besepah aku boleh beli.
bantal ? tidakkkkkkkk!!!
gasak! kekekekke

sudah cukop citer pasal pengalaman ngeri aku bersama beg.
kite masuk bab lain lak.

HARI KESATU
kami spent kat KK je.
kemain kiteorg naik flight paling awal kau kul 6.30 pagi hokey.
time kasih pada zirah and Pak Ngah aku sbb antau kami ke LCCT.
disebabkan dah naik katebang awal, maka sampainye awal la kan. 
mampossss kami sampai kul 9 kat KK. 
lagi haru baru tingat check in hotel kul doblas!
maka melangooook le kamiiiii berdua.
PADAN MUKE!

kami menghabeskan masa singgang (eh singgang ke senggang? lantak!) kami jalan2
 dalam Centrepoint je.
sampai le kol doblas perot pun dah dangdut maka kami makan je secret recipe pon.
lepas makan, trs check in hotel dan membuta..fuhh!!
belah petang aku dikejotkan dengan panggilan dari seseorang.
wahhhh...saspen kan bile bace?
muahahahhaha

ajin kol aku. 
sape ajin?
ajin adelah husband kepada kawan aku di SHARODZ dulu, si Haiza Ezereen
eh! jgn pikir kami ade sekendel pulak ye.
secara kebetulan dia pun baru satu hari sampai di KK so bila dia bace FB aku kata aku di KK, trs dia inbox dan mintak phone number aku.
so kami pun decide nak jumpa n lepak2 saksikan matahari terbenam
eh! comel kan cakap saksikan. wakkakaka!
kami berempat semuanya aku, ajin, jaja n muslim kawan ajin.
kami lepak sambil tunggu sorang lagi kawan ajin, Bell tuk amik kiteorg bawak gi dinner.

malam first kami dinner di Krishna Curry House.
wallaweyyyy! makan dia mmg terbaik nasik daon pisang.
laok yg kami pilih kari kepala ikan XL punye saiz, Ayam bermadu, Peria Goreng, Bawang Goreng, Sayor, Teh tarik 2 jag.
hambekkkk!!!!! 

semua tu kami bedal tanpa meninggal sedikit belen pun. 
ok tipujer, ajin yg habis kan sume. wakakkakakak!
tapi makanan dia mmg terbaekkkkkkkkkkk wok!
so aku cadangkan sape2 yang lps ni nak ke KK, sila makan di situ. 
bukak dari tengahari sampai malam.
gambau jap gi aku cedok dari FB aku n FB ajin ok.

malam tu kami tido kekenyangan ibarat sekor ular sawa membaham 7 ekor lembu.
kusss semangattt!
owh lupe nak cakap, aku kan dah nak hampir sebulan le tak amik segala bentok KARBO! 
ok ini aku tak tipu. masuk hari aku taip aku nye belog ni, kire dah 26 hari dah aku x makan nasik, beehun, roti, buah, dan sebagainye.
skang berat aku dah turun 6 kg termasuk inchess loss.
giler! 26 hari x makan nasik baru turun 6 kg? puiii!
itu pun rasa macam nak mhati je. sari dua mmg aku hidop tak keruan tp lelama aku gigih kan jugak.
aku cuma amik protien je so termasuk detik-detik aku di sabah ni, aku cuma baham laok laok je le buat kenyangkan perot.
dah ternyata CUKOP KENYANG!
wakkakakakakakakkaa.

HARI KEDUA
 hari kedua kami dah dpt kete yang kami sewa tu.
kebetulan jaja ade kawan zaman dia keje dengan petronas dulu
lalu sedara kepada kawan dia sewakan kete kat kami
WAJA MANUAL! mampos aku lame giler x drive manual
so jaja le driver aku.
aku yaken le ngan pembawakan dia kan so aku leks lagi dok sebelah.
pagi kami drive ke Kundasang.

2 jam perjalanan perghhh macam terer kan.
drive ibarat kami penduduk tetap sabah.
wakakakaka. seyes kami boleh kire tanya org dalam 3 orang je.
itu pun sbb kami pelik apesal x nampak signboard kundasang dah sejam jalan?
alaaa...apedehal!
dah ala2 TMJ melawat kawasan segala kampong kami jelajah.
muahahahahha.
punyele kusyuk memandu sampai Jambatan Tamparuli kami telepas nak benti.
CISSSS!~
aku dah bajet nak amik gambau ala2 Marsha Milan Lodoh dah joget sumazau atas jembatan,
mampos x sempat.

kami sempat le benti kat Taman Kinabalu.
naik atas amik2 gambau
time tu mmg dah bajet2 DEJAVU DI KINABALU.
muahahahahha!
lepas dah naik, kami makan dulu kat sane kemudian terus shoot carik hotel yg kami dah book.
di Kundasang kami stay kat Celyn Resort
nun jaoh di atas gunong kau.!
dari bawah sayupp je aku nampak ade deretan rumah kat atas bukit.
dengan jalan yang tak berturap kiri kanan semak, aku pandang jaja, jaja pandang aku.
betul ke yg kat atas tu?
matilerr kami drive dengan waja si ridzuan .
aku risau meletop je tayau kete org ni la.
tp kami selamat sampai dengan jaya dan selamatnyaaaa.

aktiviti kat kundasang kami ke Poring Hot Spring, Tea Plantation then ke Pekan Ranau.
dinner then balik membuta,
by the way semua tempat yang kami pegi tu semua adelah set lokasi Dejavu di Kinabalu.
hahahaha. tu je nak cakap.

HARI KE THALASA
View dari room kami adelah nampak GUNONG KINABALU.
owhhh...subhanallah cantiknya ciptaan Allah
sejok kau tak yah cakap la kan
kalau bukan sebab landrover melambak2 orang telekomunikasi kt paking tu dah menderum2 memekak,mampos kami tak kuase nak bangon lagi.
so dengan penoh rasa malas kami bangon mandi sbb nak ke Dairy Farm and shoot balik ke KK.

lepas breakfast, kami turon melawat Dairy Farm.
ala, ladang lembu je pon.
tapi dia berlatarbelakangkan gunong kinabalu le kan
amboii, dah cam ala2 kat new Zealand le kohnonnye...
jalan nak kesana sekali lagi macam haremmmm!
ape le terok nau jalan diorg ek?
sekali lagi aku risau meletop je tayau kete si ridzuan ni nanti.
tp syukur, selain dari dpt tengok lembu dan permandangan, kami pulang bersama2 dengan bau lembu dan tahinye yang melekap kat kasot.
jahanam!!!

sampai di KK, kami mamam dulu di Chicken Rice Shop then trus check in hotel.
membuta dan membuta dan terus membuta kerana kepenatan.
lagipon hujan.
owh sebelom tu, lps makan akmi ke centrepoint lagi sbb aku tetibe rasa nak potong rambot.
lalu kami masuk ke kedai yg mmg terbaek.
aku sgt puas hati  ar.
jaja yang cadangkan gunting kedai tu sbb dia selalu tengok sape yang masuk macam rosmah, keluar kompem cam altantuya!
EHHH!
mhahahahhahahahaha.

malam tu kami makan kat pasar philipine.
makan sifud le ape lagi.
kemain kami membaham sifud dengan jayanya.
aku harap aku takkan kene gaot le
risau sbb melantak sifud macam esok tak jumpa lagi.
ok jakon yang benornye.
aku ye, bukan jaja! wakakakakkaka

HARI KEEMPAT
 ini dah kemuncak dah.
snorkling timeee uolsssss
bangun awal konon x sabau nak berator gi pulau sume.
kesahnye lambat jugak dah kul 930 baru sampai Jesselton Point

sampai trs kami ke kaunter tok beli tiket.
tup-tup aku ternampak parasailing plak.
wahhhh!!!!! melonjat2 nak amik pakej tu
so pay 250 for ticket island hoping, parasailing for 2 and entrance.
INI SUDAH BAGOOSSSSS!!!

kami ke manukan dan sapi.
snorkling bagai nak rak.
tapi itu jaja je la, aku?
mampos aku sangat panix dengan air ok.
asik tebayang jaws nganga mulot nak telan aku?
nak mampos???
wakakakakka. maapkan aku. itu aku sedang buang sikit2 perasaan itu.

balik island, kami mamam di kedai Krishna Curry house lagi.
vanikammm vavavaaa!
repeatt makan kari kepala ikan dan segala yang kami makan di hari pertama dengan ajin.
erkkkkkk kenyang!!!

HARI KELIMA
today last day kami di sini.
membeli belah ibarat macam tak jumpa udang ketam ikan bilis di kolumpo
mamposssss!!!
mak aku kirim udang 5 kilo yer, ketam lagi.ikan bilis lagi, udang kering lagi, sotong kering lagi.
kemain banyak macam nak niaga kat pasau selayang.

lps beli sume tu kami ke packing shop tuk packing barang2 tu,
masokkan air batu sume sbb flight kami kul 630 ke KL
tapiiiiiii....
hahhh, ini yang aku hangen ni.
saitan Air Asiah delay sampai kul 1130 ye.
puiiiii!!!!
memang sebakol maki hamon tok toni fernandes.
aku risau udang ketam sume tu.
busok laok mak aku, lebam mate dia aku hentak!

kami sampai kl kul 330 pagi.
sampai2 trs bukan packing and cuci semua udang
bantal busok aku kene air udangggg!!!!
jahanammmmm aku sgt sedih!
aku terpaksa basuh ye bantal itu.
dan sekarang dia dah x berapa kick tuk aku pelok waktu tido.
maka aku perlukan suami tuk aku pelok!
ehhh! mamposss!
 mhahahahhahaha

ok tu je updates citer aku kat sabah.
layan gambau2 ok.
ini kedai kat pasar philipine yang kami makan sifud tu. maaf, si montel tu bukan aku ye atau sedara mara aku. itu cuma secara kebetolan je. tp tokey dia gemok, bukan montel pon aku tengok. wakakakakak

ini lah parasailing atau paragliding yang aku maksudkan. ini memang kegemaran aku ye. ini time kami tengah prepare nak terbang ni...weeehooooo! nampak muka jaja yang takot tu? ok dia sgt cuak sebenarnya..tapi aku? macam jahanam x sabau lah ...wakakkakakakak


dan kami pon terbang tinggi dan tinggi dan tinggi.......

terbang lagi......

ini adalah shot dari aku di pulau sapi...cantek kan?

ini makanan kami di hari ke empat. kami makan kat KK night market. boleh le makanan dia tapi x best n kick sgt.

eh! terbang lagi hokeyyy! hahahahha. aku malas nak susun gambau ni ikot turutan. sebab nak balik jap gi. korang layan je la ek

inilah makanan di Krishna Curry House itu. yang kami repeat 2 kali makan kat sini. TERBAEKKKKKKKKK!

ok ade lagi gambau dalam handpone aku x sempat nak transfer le.
nanti ok.
eh esok dah pose so aku nak ucapkan selamat berpuase untuk semua yang bace blog ni.
malam ni dah start tarawikh so aku nak kene balik awal.
nak mampos kang ade ayah libas ngan sejadah ngengade x nak semayang terawikh ek?
mahahahhahahahaha

ok tu je
bye!



ps: 
aku rasa bazli lah yang paling layak dapat nadhirah. ammarlangsong x layak hokey. cisss! maap aku sgt emosi tgk citer dejavu tu. mhahahahhaha! go bazli go!!!!







:::akupunyebelogler:::



hazahasan

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...