sekalipun engkau membenci, janganlah kau sebarkan dusta ke atasku
sekalipun engkau membenci, janganlah kau menghina diri ku
sekalipun engkau membenci, janganlah kau memburukkan hamba Allah ini
sekalipun kau jijik, janganlah kau memalukan aku
sekalipun kau geli, janganlah kau jatuhkan hukuman kejam keatasku
sesungguhnya, aku yang kau dusta tidak pernah meninggalkan kau dimasa kesukaran apatah lagi kesenangan
aku yang kau benci, tidak pernah membenci engkau walau sekalipun
aku yang kau burukkan, tidak pernah sekali memburukkan kau malah menghormati kau
aku yang kau hina, tidak pernah menghina kau
aku yang kau bodohkan tidak pernah mengata dusta pada kau dan mendustakan kau
aku yang kau jijik, tidak pernah memperkecilkan kau
aku yang kau malukan, tidak pernah memalukan kau dan membiarkan kau dimalukan...
aku yang kau keji, tidak pernah membalas setiap kejahatan kau lakukan kepada aku
aku yang kau hina, tidak pernah sekalipun memandang rendah pada kau
aku yang kau hina, tidak pernah membuka aibmu pada orang lain
KERANA
aku hanya seorang hamba allah yang tidak sempurna, hormatilah aku sebagai seorang manusia sekurang-kurangnya..yang ada hati dan perasaan..yang sehingga aku ketahui segalanya , aku masih tidak melakukan seperti kau lakukan terhadap aku..
"sesungguhnya tidak ade hijab bagi doa mereka yang teraniaya"
Allah, ampunilah aku atas kekhilafan dan kenaifan aku...sesungguhnya aku serahkan segala urusan ku kepadamu..amin
::: haza hasan :::
0 comments:
Post a Comment