Wednesday, November 23, 2011

PERCAYALAH

lately ni hati macam rasa sayu...actually memang sejak kebelakangan ni memang selalu rasa mcmtu..everyday saya pujuk hati, sibukkan diri dengan macam2 perkara :-kerja, tender, meeting, kawan2, tengok tv..saya taknak fikir yang bukan - bukan dan layan perasaan yang entah-entah syaitan sibok nak pesongkan hati saya..

banyak tak terluah, terbicara, terkata....TERLALU BANYAK..setiap kali saya rasa tak tahan, saya wudu', gi masjid kat sebelah ofis ( itu if saya di area ofis), solat, baca quran....duduk teleku kat masjid...sedikit kurang rasa sedih dan sayu tu...but again, saya sesungguhnya memang hamba allah yang lemah,  selalu leka bila sedikit ketenangan tu datang..sampai satu tahap rasa MALU nak berdoa lagi...allah terima ke doa saya, rintih hati saya? allahhhhhuakkbar, janganlah kau pesongkan hati aku selepas kau beri hidayah..

pagi ni teringat tentang nasihat one of my main-cont. kami rapat sebab kak sue selalu share cerita macam2 waktu kami meet up. dah rasa macam my own sister. she gave me a book, she gave me air aura untuk beri saya semangat...and she is the one who asked me to learn, study and understand THE MEANING OF SURAH AL-INSYIRAH .

pagi ni sampai di ofis, masuk bilik, close the door, on my PC and google about the meaning of that surah :-

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam).
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


see the translation in the red color highlighted? ALLAH MENJANJIKAN SETIAP KESUSAHAN ITU AKAN ADA KEMUDAHANNYA, DAN ALLAH TEGASKAN LAGI! IA PASTI!
masyaallahhh.....

 Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
-Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
-
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
-
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
-

Percayalah Haza, Allah menduga atas kemampuannmu! dan dia juga yang akan memberimu jalan keluar..AMIN...


till now pen off


:::sayerpunyerbelogler:::

hazahasan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...