Saturday, October 29, 2011

Tawakkal Kami padamu Allah

 
 
Kami yang sudah letih dengan keraguan dan penantian waktu yang tepat - yang tak pernah datang itu, malam ini kami bisikkan …

Allahku Yang Maha Pemberi Petunjuk,

Aku mohon Engkau Ya Allah , akhiri kebiasaan kami untuk berlama-lama menunggu waktu yang tepat untuk kami mulai langkah-langkah untuk menuju impian hati kami.

Janganlah Kau biarkan kami tertukar antara berhati-hati dan ketakutan, kerana akhirnya kami sendiri sangat naif adakah penundaan kami itu kerana kami bijak atau kerana kami sebetulnya takut.

Tuhanku, tidurkanlah kami dalam kedamaian dan bangunkanlah kami esok pagi dengan kesegeraan yang kuat untuk kami memulakan pembaharuan dari yang selalu kami lakukan.

Janganlah Kau biarkan kami mengembalikan diri kami kepada keraguan, setelah rasa yakin itu datang.

Jadikanlah hari kami esok, sebagai hari yang ceria dengan keikhlasan mencuba melakukan yang selama ini dijauhkan dari kami oleh rasa takut kami.

Sesungguhnya, jika Engkau bersama kami,  apakah yang masih kami takuti?

Allah, kami rayu dan sembah mu agar selalu dampingi dan bersama kami dalam perjalanan hidup yang sejahtera dan berbahagia serta sentiasa di bawah rahmatmu.
Andainya tidak ada yang menyokong dan kami tempuhi sendiri pilihan ini, berilah kekuatan pada kami di dalam dugaan kami ini sekali lagi. Ampunkan kami ya Allah kerana menyakiti banyak pihak untuk pilihan ini. Hanya Kau satu-satunya yang tahu segala yang tersirat. Sesungguhnya segala yang terbaik hanyalah darimu, Kami tidak sekalipun ragu dengan jawapanmu atas doa kami..

Amin Ya rabbal 'alamin

till now pen off


:::sayerpunyerbelogler:::

hazahasan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...